Memperkukuh Komuniti Melalui Ketahanan Siber

APAC Cybersecurity Fund memperkasakan perniagaan mikro dan kecil, organisasi bukan untung, dan perusahaan sosial di seluruh Asia-Pasifik dengan kemahiran penting untuk berkembang dengan selamat dalam dunia digital.

Asian female business owners with their mobile phones
Tentang APAC Cybersecurity Fund

Memperkasa Keselamatan Siber Asia-Pasifik Melalui Pemberdayaan

APAC Cybersecurity Fund bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem keselamatan siber di rantau Asia-Pasifik dengan membekalkan perniagaan mikro dan kecil, NGO, serta perusahaan sosial dengan kemahiran untuk melayari Internet dengan selamat dan yakin. Usahawan yang mahir mengenal pasti dan menangani serangan siber akan membantu memperkukuh peningkatan ekonomi digital di rantau ini. Melalui latihan, projek ini berusaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan sektor sasaran tentang amalan asas keselamatan siber. Pada masa yang sama, bagi tujuan reformasi dasar, inisiatif projek ini merangkumi dialog bersama penggubal dassar serta penyelidikan tempatan berfokuskan kepada ancaman siber. Projek ini juga akan merintiskan klinik siber di universiti di Pakistan dan Singapura, untuk memperluaskan capaian komuniti.

Perkasa Masa Depan Digital Anda

Mohon sekarang untuk program latihan keselamatan siber percuma kami, yang akan bermula dari Julai 2025 hingga Disember 2026. Inisiatif yang dibiayai sepenuhnya ini direka khas untuk perniagaan mikro dan kecil, pertubuhan bukan untung, serta perusahaan sosial di seluruh rantau Asia-Pasifik. Peserta akan memperoleh kemahiran penting dalam keselamatan digital, amalan keselamatan siber, dan pengurusan risiko dalam talian—memberi mereka keyakinan untuk melayari Internet dengan selamat dan yakin.

  • In partnership with
  • Cyber Peace Institute logo
  • Global Cyber Alliance logo
  • with support from
  • Google.org logo